Day 1
Flight aku berlepas dari LCCT 5.35am. Aku memang tak tidur malam tu sebab takut terbabas. Asben tercinta yang menghantar aku ke LCCT. Kol 3.30 pagi kami keluar rumah tapi sebelum tu kami ke Gombak dulu untuk amik kawan aku dan familynya. Anak-anak aku yang kecik tu pada mulanya nak ikut tapi kol 2 pagi dorang dah tido so tinggal je la kat rumah dengan abang dan kakaknya. Lebih kurang kol 4.15 pagi tiba di LCCT. Walau dah buat web check in saje je sampai awal. Bila tengok je kaunter check in ke Guangzhou buka saje je la aku gi check in, biasanya untuk self check in ada kaunter lain tapi sebab flight pagi-awal so kaunter tu tak dibuka. Dah selesai kami pun di arah ke pintu pelepasan antarabangsa. Biasanya filght antarabangsa gatenya ke arah kiri tapi kami kena gate ke kanan-belah domestik.(sorry lupa no gate). Nasib la kami dah 'melepaskan hajat' sebelum masuk ke gate tu sebab ruang menunggunya langsung tiada tandas. Kat pintu masuk adalah sign kecik kata 'tiada tandas di dalam'. itu pun cam perasan tak perasan je. Kalau dah masuk dalam tak boleh keluar balik sebab dah melepasi imigresen. Ruang pelepasan tu baru dibuat kot sebab kecik je, cuma ada ruangan kecil jual barang bebas cukai seperti minyak wangi dan arak.
 |
| Pemandangan sebelum landing |
Tiba di Baiyun International Airport, Guangzhou jam 9.35 pagi, kami semua 'hand lugage' so terus je la keluar.
 |
| Kalau malas jalan, diri je atas ni, airport ni memang besar tau |
Dalam itinerary aku tu memamg akan terus ke Shenzhen so berdasarkan info yang dah tertulis aku pun mencari subway
line 3 untuk ke to Guangzhou East Railway station.
 |
| Bawah escalator tu rupanya nak ke subway |
 |
| sebelah escalator tu kedai aku beli starter prepaid |
Tapi sebelum tu cari kedai cam 7-11 untuk beli starter prepaid telefon. ada jual starter China Mobile harga 100 yuan. Dalamnya ada kredit 80 yuan. Di nasihatkan jangan beli China Mobile sebab kalau kredit abis kita tak akan terima call @ sms lagi. Terus out of service line tu..cam hampehkan! Cari Dakota Mobile sebab kat Hong Kong pun boleh dapat servis.
 |
| Dalam train nak ke Guangzhou Railway Station |
Perjalanan mengambil masa 40 minit dengan tambang 7 yuan. Stesen subway ni tak macam stesen LRT kat Malaysia. Tiket beli kat mesin, kaunter untuk tukar duit kecik je. Tiket lak dalam bentuk syiling token plastik (sorry takde gambar).
Tiba di Guangzhou East Railway Station pukul 11 pagi terus aku cari signboard Shenzhen. Dah memang plan nak naik bullet train, 1st class coach ke Shenzhen, beli tiket kat kaunter. Time beratur tu adalah orang Cina ni nak potong 'q', kena hadang dengan kawan aku padan muka dia. Dorang ni memang tak reti beratur lagi-lagi kalau nampak orang luar yang beratur tu so korang jangan bagi 'can' tau!. Kat kaunter tiket tu kena standby pasport sebab dia nak scan.
Perjalanan kalau naik bullet train (D train - CRH) cuma 1 jam je berbanding kalao naik bas 2-3 jam dan memang selesa.
*info tambahan*
Both
Guangzhou Railway Station and Guangzhou East Railway Station provide the bullet
trains from Guangzhou to Shenzhen. Each day, there are 27 bullet trains
starting from Guangzhou Railway Station to go to Shenzhen. Compared with
Guangzhou East Railway Station, the bullet trains from East Railway Station to
Shenzhen outnumber the ones from Guangzhou Railway Station. At an interval of
10 to 20 minutes, there are 89 bullet trains starting from Guangzhou East
Railway Station to go to Shenzhen each day. The first run is at 05:35 and the
last run is at 22:50. The whole trip takes about 52 minutes. The ticket cost is
around CNY100 for first-class soft seat and CNY95 for second-class soft seat.
The trains pass Shilong, Dongguan and Zhangmutou
Untuk maklumat lanjut mengenai mengenai perjalanan keretapi Guangzhou - Shenzhen. http://www.chinatrainguide.com/guangzhou-railway-station/shenzhen.html
 |
| Ruangan 1st, kami dapat seat yang ada meja |
 |
| Tiket 100 yuan, ada nombor seat |
 |
| Air panas, tandas ada kat ruangan kecil tu |
 |
| First class coach ni kat 'kepala' train. |
 |
| Dah tiba di Shenzhen |
Tiba Shenzhen Railway
Station, kena ambil Metro Line 1 (Exit A) dan turun di Laojie Station (老街站), Kemudian tukar ke Metro Line 3 untuk ke Shaibu
Station (晒布站) exit D1. Tiket kos 2 yuan shj. Station Lojie ni besar cam KL Sentral, stesen interchange, 3 tingkat lak tu. So memang menjajau cari exit ke satu-satu station. Korang download la map Shenzhen Metro Station untuk kemudahan ye.
 |
| Map Stesen Metro Shenzhen |
 |
| Kena tukar train |
 |
| Kat stesen Lojie ni kena naik tangga untuk keluar |
So sepanjang perjalanan dari airport di Guangzhou ke hotel kami di Shenzhen mengambil masa selama 4 jam dengan 4 kali turun naik train. Dah lama subway (metro station) di Shenzhen ni besar. Memang kena rajin mulut bertanya orang. Nasib la di setiap pintu ada 'security' so senang la kami bertanya. Aku memang awal-awal dah standby map metro station siap dengan nama stesten dalam tulisan cina. Sebab sebutan kita tak sama dengan sebutan dorang. Lagi satu, pada sesiapa yang merancang travel melalui train sila pastikan stamina dalam keadaan baik ye sebab memang penat turun naik tangga, escalator, berjalan sana sini sebab kita tak biasa. Sapa yang tak minat adventure memang tak sesuai ikut cara ni.
 |
| Bilik hotel, katil bersaiz king |
 |
| Pemandangan dari bilik |
Sampai di hotel - Home Inn pukul 1.30 tgh, nasib kami boleh check in awal. Aku pilih hotel ni sebab berdekatan dalam 5 minit walking distance ke stesen Metro Shaibu dan dekat dengan *Dongmen Pedestrian Street. Aku book melalui travelchinaguide.com dan rate semalam 218 yuan.
*One
the oldest commercial centers in Shenzhen, this area highlights a walking
street flanked by humming stores. It is a good place to buy clothes, handbags,
fashion accessories, jewelry, handicrafts, toys and small electronic gadgets.
 |
| Dalam perjalanan dari hotel ke Dongmen Pedestrian Street, sekolah kot ni |
Selepas berehat seketika kami pun mulakan misi hari tu untuk ke Dongmen Pedestrian Street. Sebenarnya nak cari makan dulu sebab dari pagi kami tak makan. Setelah puas mencari berpandukan info yang diambil dari forum akhirnya jumpa la restoran halal ni. Kalau nak terangkan balik lokasi kedai ni aku memang blur sebab aku hanya ikut je adik kawan aku tu carikan..hehe.
 |
| Kedai makanan halal Dongmen Pedestrian Street |
 |
| Menu pilih kat gambar tu je |
 |
| ala-ala nasi paprik |
 |
| Mee sup, sedap |
 |
| Mee sup daging, nampak cam kuetiow tapi rasa sama cam mee kat atas tu |
Makanan kat sini memang sedap dan murah. 'portion'nya lak banyak, kira untuk yang tak kuat makan cam aku ni leh share 2 orang lah.
Dah makan baru dapat tenaga so kami pun berjalan-jalanlah sekitar Dongmen tu, masuk gak textile market, tapi rasanya barang-barang situ macam outdated dan tak menarik.
 |
| Ni lah Dongmen Pedestrian Street, lagi malam lagi meriah, banyak kedai pakaian |
 |
| polis tu ambil gambar Speed trap..agaknya la |
 |
| jejantas ke kedai textile |
 |
| Walnut, almond..harga timbang ikut kita nak banyak mana |
 |
| roti nan tapi memang tawar |
So pastu kami ke stesen Metro Lojie untuk ke stesen Shijie Zhi Chuang melawat *Window of The World (WOW). Jauh gak lak, lepas 8 stesen baru sampai lebih kurang 30 minit gitu, tambang metro 5 yuan. Kami sampai pukul 6.30 petang, dah gelap cam 7.30 mlm(dorang gelap sejam awal dari Kuala Lumpur, waktu sama je). Nak masuk tiket siang rasa cam tak berbaloi, nak masuk untuk tiket malam nak tunggu lama lagi. At least kena spend 2 jam kat sini baru berbaloi so kami lepak luar je la
*WOW - fantastic replica
park situated at the Overseas Chinese Town. Here you can see vivid replicas of
the world's wonders, historical heritages and famous scenic sites. The entire
masterpiece is built at ratios of 1:1, 1:5 or
1:15.
 |
| Entrance fee, siang 140yuan, malam 50 yuan |
 |
| ni entrance metro |
 |
| tengok dari luar je pun dah ok |
 |
| gemerlapan lampu |
Balik dari WOW, turun kat stesen Lojie kami jalan kaki balik ke hotel melalui Dongmen. Sempatlah menyinggah ke kedai-kedai sekitar tu. Tapi tak beli apa-apa pun sebab kebanyakan pakaian, kasut dijual untuk musim sejuk. Barangan lain tak menarik minat pun.