China

Nak mula citer tentang percutian luar negara terbaru iaitu ke China, lebih spesifik ke Guangzhou-Shenzhen-Hong Kong pada 3-8 Nov 2011. Asalnya beli tiket ni nak gi berdua je dengan kawan aku, last minit, mak, ayah dan adiknya nak ikut so jadi berlima la. Harga tiket aku dapat RM398 return Guangzhou, last year beli. Konon dah alang-alang 6 hari tu lama sangat bolehlah aku lajakkan ke Shenzhen dan Hong Kong, tapi memang tak puas lebih-lebih lagi berjalan di Hong Kong dan Guangzhou. Banyak barang yang aku plan nak beli tak dapat. Kalau ada duit lebih nak je aku repeat balik.
Visa aku buat sendiri seminggu awal dari tarikh perjalanan di Wisma OSK, RM 50 double entry sebab aku nak ke Hong Kong. Keluar masuk Hong Kong satu entry. Hong Kong walau dah diserah ke China tapi sistem pentabirannya tetap berbeza. Nak buat visa senang je, isi borang, gambar sekeping dan pasport, 4 hari  siap, buat bayaran dan boleh ambil. Nak minta orang buatkan pun boleh.
http://www.chinese-embassy.info/asia/visa-mys.htm
Trip aku ni semua plan sendiri, so memang aku kena study berhabisan la nak cari info pasal tempat menarik, hotel & transport. Ingatkan bulan November tu dah musim sejuk rupanya belum lagi. Nasib tak bawa pakaian sejuk bagai, kalau tak buat penuhkan beg je.



No comments:

Post a Comment